Hari ini terlampau beremosi. Pantang salah sedikit, mulalah nak membebel. Membebel tak henti dekat adik-adik, sampaikan mak ayah cop aku sebagai mak tiri.
Ya, kalau hendak ikutkan emosi, sudah pasti tercipta suatu entri meluahkan perasaan terhadap seseorang. Namun, bila difikirkan rasionalisinya tindakan, aku seumpama kanak-kanak yang tidak diberi perhatian yang secukupnya. Dan cemburu melihat perhatian yang diberikan kepada kanak-kanak lain. Entahlah sama ada antalogi aku betul atau tidak.
Di saat entri ini dikarang, berlalu sudah hari jadi seorang insan yang aku kenali. Aku rasa seperti sudah melakukan tanggungjawab sebagai seorang sahabat dengan mengucapkan selamat hari jadi kepadanya. Biarpun, melalui entri yang samar-samar maksudnya. Harapanku, semoga dia mengetahui bahawa entri itu ditujukan untuknya.
Hati aku sedikit terbeban. Fikiranku juga bekerja keras memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku sendiri keliru dengan diri aku. Apa yang aku fikirkan, apa yang menyesakkan dadaku. Semuanya kelihatan samar. Pudar. Kelabu.
Aku rindukan kehidupan masa kecilku, di mana aku tidak perlu runsing memikirkan perihal masalah dunia yang semakin memeningkan kepala.
Sungguh aku rindu.