Pernah tak bila kau buat salah, kau punyalah beria-ia rancang something untuk tutup salah kau?
Ataupun, beria-ia buat muka paling innocent seolah-olah kau tak buat salah.
Tapi...
Debaran dalam hati kau bagai nak rak. Tuhan je yang tahu.
Dan bila ditanya, secara automatik kau terus bagitahu semuanya. Tanpa tertinggal sikit pun.
Yess!
Aku baru mengalami semua yang aku nyatakan di atas.
Ceritanya macam ni.
Aku pergi hantar adik perempuan aku balik ke asrama menggunakan kereta ayah aku. Elok je sampai ke asrama dengan selamat, Alhamdulillah.
Namun sangat benar, malang tidak berbau.
Masa nak balik, aku tak perasan ada divider di tepi kereta, dan aku dengan hati yang gembira dan penuh yakin terus membelok kereta tanpa bergerak ke hadapan sedikit (untuk mengelak divider. yelah aku kan TAK PERASAN).
Tetiba, gedek gedek. Bunyi pelik muncul. Adik bongsu yang ikut sekali siap jerit
" Kak. Kakk. Kakkk. "
dengan harakat yang semakin bertambah. Kerana cuak, aku terus tekan minyak dan mengakibatkan bunyi gedek gedek semakin kuat. Memang terasa lah yang kereta ternaik sedikit, kan dah langgar divider plus tayar pun naik sekali kat divider.
Hati dah berdebar-debar. Penat fikir apa alasan nak bagi kat ayah. Sepanjang perjalanan, macam - macam idea berputar dalam kepala. Siap ugut si bongsu supaya tak bagitahu apa-apa kat sesiapa pun, termasuklah tuan punya kereta.
Lagi 50 meter nak sampai ke rumah, aku siap berhentikan kereta kat tepi jalan untuk memeriksa kereta. Fuhhh legaaaa. Tak nampak sebarang kesan calar mahupunn kemik sebab bahagian yang tercalar (teruk) dekat bawah kereta.
So,bila dah sampai ke rumah. Dah nak masuk ke rumah dengan selamat.Walaupun muka memang terserlah kecuakan. Tetiba,
" Kenapa ni? "
Aku sengih. Ayah ulang lagi.
" Ada apa-apa terjadi ke? "
Mulut tanpa sebarang amaran terus membocorkan segala yang telah terjadi. Dengan lengkap tanpa tertinggal apa-apa sekalipun.
.
.
.
.
.
.
Kena bebel. Macam yang telah aku jangkakan.
Okay fine. Memang aku yang salah. Over confident. Haih.
Serik rasa nak bawa kereta orang lain. Lepas ni bawa Cik Viva je lah.