Tuesday, August 25, 2015

Coretan hati



Sebenarnya, hati sangat cemburu melihat kengkawan yang telah menemui pasangan mereka, yang telah melangsungkan perkahwinan, yang telah mendirikan masjid dan yang bakal membina masjid mereka.

Sebenarnya, hati sangat cemburu melihat kengkawan sebaya yang telah mempunyai anak-anak yang comel, bakal anak-anak soleh dan solehah.

Hati. Biasalah. Tidak pernah berhenti mencemburui orang lain, namun dalam masa yang sama berasa gembira dengan kebahagiaan kawan-kawan. Normal atau tidak perasaan itu?

Seringkali diri ditanyakan soalan yang membuat lidah terkelu. Paling kurang, tersenyum saja. 


" Si A dah kahwin, awak bila lagi? "

" Bila nak kenalkan bakal suami? "


Mahu je aku menjawab,


" Mind your own business. "


Namun, kasar bunyinya. Maka, terbitlah jawapan klise sebegini.


" Belum  ada jodoh lagi. Nantilah kalau dah jumpa, in sha Allah adalah jemputannya nanti. "


Klise. Memang klise sangat.


Haru.


Bukan tiada yang dikenan, namun yang dikenan itu terasa jauh dari gapaian. Kalau ikutkan hati, mahu je aku yang pergi meminang. Walau tidak salah di sisi agama, namun adat masyarakat pula yang membataskan. Tersilap langkah, mahu menjadi buah mulut beberapa bulan. Atau bertahun. Atau selamanya.

Mulut manusia.

Toksah dok cakap pasal hint. Penat dah rasanya bagi hint. Tapi, yang dikenan seorang yang sukar untuk menangkap apa yang sedang berlaku. Maka, segala hint menjadi sia-sia.

Biarlah. Kalau ada jodoh, in sha Allah takkan ke mana. Biar seorang di utara seorang di selatan, kalau ada jodoh pasti akan bertemu dan bersatu.

Sekarang, biarlah fokus pada apa yang ada. Pada keluarga, pada kerja, pada diri sendiri.

Mungkin ada hikmahnya ALLAH S.W.T. biarkan aku sendiri buat masa sekarang.

Yakin pada ALLAH S.W.T. dan perancanganNYA.



No comments:

Post a Comment