Wednesday, October 21, 2015

Rejection




Don’t try to trap us
In the word, love
Because it’s a greed that can’t be filled
.
.
.
Bukan di’reject’ secara kasar, tapi secara halus. Even though that person tak tahu yang aku suka kat dia since 8 years ago, tapi hakikatnya aku tetap di’reject’.

Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Air mata seolah tak dapat ditahan-tahan, tapi demi untuk tidak merosakkan pertemuan yang jarang berlaku, aku cuba tahan sehabis boleh.

Bermula daripada soalan seorang teman kepada that person.

“ xaxxx, kau suka perempuan macam mana? Orang Semenanjung ke Borneo ke? “

Aku tak expect si teman akan bertanya soalan tu. Namun, aku tetap berdebar kencang menanti jawapan.

“ Orang Semenanjung “

Over!
It’s over!
Aku kalah sebelum berjuang.

“ Sebab tak payah gaduh nak balik kampung mana nanti. “

Dan…

“ Perempuan tu tinggi 160cm ke atas dengan berat kurang dari 50kg “
“ And of course pakai tudung bawah dada “

Aku terasa seolah di’reject’ berkali-kali.
Peluru terasa bertubi-tubi menembusi hati aku.

Sakitnya.

Pertemuan yang aku nanti-nantikan, yang aku tunggu selama ni akhirnya terjadi, namun after-effect selepas pertemuan sangat tidak aku jangka. Aku terasa kalah.
.
.
.
Don’t smile at me
If I get attached to you, I’ll get sad
I’m afraid that pretty smile will turn into tears
.
.
.
Sejujurnya, aku sememangnya tidak menaruh harapan yang tinggi towards that person. Iye lah, 8 years, 8 years kitorang tak berjumpa, bersua muka. And once in a blue moon je komen kat status fb/ig masing-masing.

So, what do you expect?

8 years untuk freely suka dekat sesiapa. Tapi dalam 8 years tu jugak hati aku degil untuk terus suka dekat dia. Dalam 8 years tu jugak aku terus menunggu.

Hingga aku lupa, hati dia bebas untuk suka dekat orang lain. Dan aku terus lupa, dia tak pernah walau sekali memberi harapan dekat aku.

“I will always be a Sarawakian (Borneo). I will always be 155 cm and it will be hard for me to weight below 50 kg. “

Walau sekuat mana pun hati aku suka kat dia, aku takkan pernah dapat memenuhi ciri-ciri perempuan yang dia nak. Aku tahu memang sukar untuk lupakan dia. Seriously aku ada terfikir untuk block fb/ig that person. Tapi, it would be too obvious I guess.
.
.
.
Let’s not fall in love, we don’t know each other very well yet
Actually, I’m a little scared, I’m sorry
Let’s not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say I like you

Don’t expect too much from me
I don’t wanna lose you either
Before things get too deep, before you get hurt
Don’t trust me

Goodbyes after our frequent meet-ups
Repetition of broken hearts
I can’t find a purpose in these foolish feelings
A mistake with the mask of love
All the feelings are the same now
But in this moment, I want you to stay
.
.
.

Akhirnya, aku tetap di’reject’.


Let's not fall in love.



1 comment: