Tuesday, January 19, 2016

Permohonan kali pertama membuat passport - UTC Kuching




Since trip aku dan kengkawan ke Jakarta is just around the corner, maka aku gagahkan kaki dan badan yang tak berapa sihat ni pergi ke UTC Kuching. Mulanya nak pergi ke Jabatan Imigresen dekat Simpang Tiga, tapi macam jauhlah pulak berbanding jarak dari rumah aku ke UTC. 

Okeh, beberapa hari before nak pergi buat passport, aku google lah dulu serba sedikit tentang procedure buat passport ni. Iyelah, ini first time aku nak pergi buat passport. Haruslah ambil tahu serba sedikit. Namun, kebanyakannya info lama sahaja yang available. So, untuk dapatkan lebih kepastian, aku tanyalah kat kengkawan aku since depa dah ada passport and baru je renew passport. Depa cakap perlu bawa IC original sahaja. 

So, esoknya aku pun dengan senang hatinya bawa sekeping IC pergi ke UTC. Masuk ke UTC, berpusing-pusing jugaklah nak mencari pejabat Imigresen tu. Padahal, kalau ikut je direction yang tersedia, takdelah susah sangat. Saja je nak pusing-pusing tengok UTC tu. UTC Kuching ada dua tingkat, kalau naik lif, kena tekan P4 (aras 1 UTC) or P5 (aras 2 UTC). Kaunter Imigresen tu dekat Aras 2 UTC. Finally, after 10 ke 15 minit berpusing-pusing, aku jumpa jugak kaunter yang dicari-cari. Sebelum masuk, aku bacalah dulu informasi yang ada dekat luar kaunter tu. Ah, sudah! Dia nak salinan IC pemohon lah pulak! 15 minit aku mundar-mandir dekat luar kaunter tu, sampaikan pihak security dekat situ pun dah pandang semacam. Then, sekali lagi aku pusing-pusing dekat Aras 1 and 2 UTC tu, dengan harapan berjumpa dengan kedai fotokopi. Namun malangnya, tiada. Ye, takde.

Fikir punya fikir, aku ambil keputusan pergi ke bangunan LHDN yang berhadapan dengan UTC, dengan harapan moga ada kedai fotokopi. Namun, sekali lagi nasib tidak menyebelahi. Aku nak urusan passport selesai hari tu jugak. So, nak atau tak, aku terpaksa drive keluar dari UTC untuk cari kedai fotokopi. Disebabkan tak terlintas dekat fikiran mana-mana kedai fotokopi terdekat, aku pun drive sampai area Satok dan ternampak ada sebuah kedai fotokopi di sebelah MarryBrown. So, aku pun cepat-cepat pergi potostat IC dan drive balik pergi UTC.

Sampai je kat kaunter imigresen, orang tak ramai. Aku ambil nombor giliran, and after 5 minutes, aku dipanggil ke kaunter 5. Akak yang jaga kat kaunter 5 tu seriously sangat peramah. Bercakap pun dengan lemah lembut dan sentiasa tersenyum. Aku pun senang hati tengok. Alhamdulillah, aku takde masalah nak apply passport.

5 minit selepas apply passport and ambil gambar (yes, ambil gambar direct kat situ jugak), aku dipanggil ke kaunter bayaran untuk membuat pembayaran. Settle bayar, aku ada sejam masa lapang sebelum boleh ambil passport. So, terpulanglah korang nak stay ke, nak pergi breakfast ke, etc. Aku pulak mula-mula pergi lah ke kerusi urut yang ada kat luar kaunter tu. Badan rasa sengal-sengal so try lah berurut. Mak oii, sakit gila badan aku lepas tu. Terus tak jadi nak tambah duit. Lepas tu aku pun decide nak tunggu kat dalam pejabat tu je. Tepat sejam dari masa settle pembayaran, aku pun cepat-cepat pergi ambil nombor giliran untuk ambil passport pulak. Less than 5 minutes, dorang panggil ambil passport. Aku verify semua maklumat dalam passport, tandatangan kat passport, and there I go. Aku dah ada new passport!

Basically, procedure nak buat passport ni sangat simple. Yang buatkan kes aku sedikit rumit is sebab tak prepare bawak salinan potostat IC pemohon. Kalau tak, lagi cepat kerja aku settle.

Overall, service dekat kaunter Imigresen UTC Kuching sangat awesome. Staffs friendly and always smiling. I am happy with their service. *thumbs up*



*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 


Prosedur membuat passport di UTC Kuching.

1. Ambil nombor giliran.
2. Tunggu nombor anda dipanggil.
3. Nombor dipanggil, apply passport dan ambil gambar (Kaunter 5-9).
4. Tunggu nombor giliran yang sama dipanggil untuk membuat pembayaran.
5. Nombor dipanggil, buat pembayaran (Kaunter 4).
6. Sejam selepas membuat pembayaran, ambil nombor giliran yang baru.
7. Nombor dipanggil, dapatkan passport, verify maklumat dalam passport, tandatangan di passport, dan siap! (Kaunter 10-11)



*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *   *


Checklist / reminder:

1. Make sure IC korang masih elok (cips tak rosak) - kalau boleh pakai IC yang ada dua gambar tu
2. Bawa sekeping salinan IC pemohon
3. Bagi perempuan yang bertudung terutamanya, make sure pakai tudung bewarna gelap. Nak senang, pakai je tudung or shawl hitam. Tudung berwarna putih atau cerah is a no - no!
4. Make sure duit yang dibawa mencukupi
5. Datang awal ke kaunter imigresen okay, untuk mengelakkan ramai orang dan nombor giliran habis




No comments:

Post a Comment